En. Mohd Azmi Walang mewakili PUM menerima wang sumbangan.

SHAH ALAM 7 Januari  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan dana kepada 75 badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS.

Semua NGO-i menerima sumbangan dana antara RM10,000 sehingga RM20,000 menerusi aktiviti dakwah yang dijalankan.

Bantuan ini merupakan bantuan fasa kedua yang melibatkan jumlah sumbangan dana sebanyak RM1,030,000 di mana bantuan fasa pertama berjumlah RM550,000 dan jumlah keseluruhan bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM1,580,000 bertujuan memperkasa gerakan dakwah pertubuhan dan membangunkan sahsiah umat Islam

Sumbangan yang menggunakan dana Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini disampaikan oleh Y.D.H. SP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan   (NGO-i).

Antara NGO-i yang menerima sumbangan adalah Pertubuhan Ahli Sunah Wal Jemaah Malaysia (RM10,000), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM (RM10,000), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor PITAS (RM15,000) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (RM20,000).

MAIS