Syubban PUM dan ILDAS telah berkerjasama menganjurkan Muzakarah Tabayyun di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Muzakarah yang membincangkan tentang tabayyun ini telah menampilkan Dr Fauzi Deraman, Naib YDP 2 PUM pada sesi ceramah yang menjelaskan berkenaan konsep tabayyun dan diikuti forum yang menampilkan Prof. Madya Dr Saupi Man, Exco PUM dan En. Mohd Nizam Mohd Salleh, Pengamal IT dan dimoderatorkan oleh Ustaz Khaairrunnaim Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Halal, JAIS.

Menurut Ust Mohd Fakarudeen Che Omar, Pengerusi Syubban PUM, program seperti ini akan diteruskan lagi bagi memberikan manfaat dan maklumat kepada masyarakat. Lebih kurang 200 orang yang terdiri dari wakil-wakil jabatan, agensi dan masjid menghadiri Muzakarah ini.

[Best_Wordpress_Gallery id=”8″ gal_title=”Muzakarah Tabayyun 2016″]