Mesyuarat Agung Tahunan PUM Cawangan Sarawak (PUMCS) Kali Keempat telah diadakan pada Sabtu, 6 Februari 2016M bersamaan 27 Rab’iulakhir 1437H bermula jam 1050 pagi dan berakhir 1235 tengah hari bertempat di Hotel Hilton, Kuching yang telah dihadiri seramai 30 orang ahli berdaftar PUMCS.

PUMCS pada tahun 2015 melaporkan telah menjalankan Tiga Puluh Enam (36) aktiviti iaitu Satu (1) siri Ceramah Perdana Wanita, Lapan Belas (18) siri Diskusi Kitab Majmu’, Satu (1) siri Forum Maulidur Rasul, Satu (1) siri Mesyuarat Agung Tahunan PUMCS, Lima (5) siri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PUMCS, Enam (6) siri Program PUMCS Bersama Ahli Qariah Masjid/ Surau, Satu (1) siri Seminar Pemikiran Islam Semasa, Dua (2) siri Seminar Tokoh Islam dan Satu (1) siri Seminar Wanita Islam.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keempat ini turut memilih barisan Ahli Jawatankuasa Kerja bagi sesi 2016/ 2017. Berikut adalah Senarai JKKPUMCS sesi 2016/ 2017

Pengerusi : YBhgia. Ustaz Datu Hj Loling Othman bin Hj Alwi
Naib Pengerusi : Ustaz Hj Khalidi bin Hj Ibrahim
Setiausaha : Ustaz Hj Muhammad Adib bin Hj Saini
Bendahari : Ustaz Hj Zaini bin Hasbollah
Pen. Setiausaha : Ustazah Ellysha binti Razali

7 Orang Ahli JKK:

  1. Ustaz Hj Awang Suhaili bin Ledi
  2. Ustaz Ahmad Sukarno bin Hj Saini
  3. Ustazah Dr. Sharifah Fatimah binti Wan Jamel
  4. Ustaz Abang Borhanuddin bin Abg Ahmad Masuine
  5. Ustaz Dr. Hadenan bin Towpek
  6. Ustaz Hj Mohd Ihsan bin Hj Haidzir
  7. Ustaz Izwan Syafrein bin Ibrahim

Tambahan 2 Org Ahli JKK akan dipilih dalam mesyuarat JKKPUMS yang akan datang.

Pemeriksa Kira-kira: Ustz Kamarulzaman bin Hj Kawi


Gambar-gambar sekitar mesyuarat

[Best_Wordpress_Gallery id=”2″ gal_title=”Mesyuarat Agung PUM Cawangan Sarawak ke-4″]