Wakil PUM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali berga

Persatuan Ulama’ Malaysia menerima kunjungan rombongan dari Lubnan yang terdiri daripada ulama dan penggerak kemanusiaan daripada Persatuan Kebajikan Islam Irshad & Islah.

Ahli rombongan mereka disertai oleh Qadhi Syaikh Muhammad Hani al-Jozo dari Majlis Al Syu’un al-Islamiah Beirut, Dr Mohd Rabi’ Qatarji, Setiausaha Agung Jam’iah al-Irsyad Wal Islah, dan Sdr Wasim Mohd al-Mugharbal, Sdr Ali Juma’ah, Sdr Abdul Moez Maslamani dan Sdr Abdul Hadi Faraj.

Tujuan mereka adalah lebih kepada mahu bersilaturrahim, berbincang tentang dakwah dan menyalurkan bantuan kepada rakyat tertindas di Timur Tengah.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Qadhi Syaikh Muhammad Hani, beliau menyampaikan penghargaan di atas pertemuan ini dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu mereka menjayakan misi-misi dakwah. Beliau turut menyatakan bahawa bantuan di perlukan untuk membantu masyarakat Islam di kem-kem pelarian yang ada di Lubnan.

Dalam ucapan mewakili ‘tuan rumah’, Prof Madya Dr Saupi Man – Ketua Lajnah Perhubungan PUM menyatakan kesudian PUM untuk menjayakan usaha bersama mempererat hubungan di antara Lubnan dan Malaysia melalui pemerkasaan hubungan NGO Islam.

Wakil PUM terdiri daripada Naib Yang Dipertua II Prof Madya Dr Abd Karim Ali, Setiausaha Agung Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Prof Madya Dr Saupi Man, Ahli Lajnah Intelektual & Profesional Dr Taqiudin Muhammad dan Sdr Azmi Walang.

Di akhir pertemuan, semua para tetamu bersalaman dan berharap dapat bertemu lagi sama ada di Malaysia atau di Lubnan.