Rombongan PUMSel yang diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Hj. Zamri Shafik, bergambar dengan Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid bersama kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor

PUM cawangan Selangor (PUMSel) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Selangor pada 12 Februari yang lalu. Rombongan PUMSel yang diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Hj. Zamri Shafik, turut disertai oleh sebahagian barisan exconya.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik antara pihak berautoriti dalam agama dengan ulama’ yang bergiat dalam NGO-i. Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan dalam rangka memperkasa umat dan mencari pendekatan yang sesuai dengan suasana semasa dalam persoalan mereka.

Turut dibincangkan mengenai hasrat PUMSel untuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Mufti untuk mengadakan Seminar Fiqh Penerbangan bagi menggagaskan satu mekanisme perkhidmatan penerbangan yang benar-benar patuh syariah serta memberikan solusi terhadap persoalan-persoalan semasa hukum hakam yang berkaitan.

PUMSel juga turut membangkitkan tentang fenomena agnostik yg menjadi ancaman aqidah terbaru, selain Syiah yang dinyatakan oleh Pejabat Mufti.

Pejabat Mufti juga mengalu-alukan sebarang kertas kajian daripada pihak PUMSel untuk dikemukakan kepada mereka bagi pertimbangan dalam mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Fatwa.

Di akhir lawatan, pihak PUMSel telah menyumbangkan set buku-buku terbitan PUMSel untuk rujukan Pejabat Mufti.

IMG-20160213-WA0007
Rombongan PUMSel bertukar-tukar fikiran dengan SS Dato’ Mufti dan beberapa orang kakitangannya
Wakil Rombongan PUMSel menyampaikan set buku-buku terbitan PUMSel kepada SS Dato' Mufti.
Wakil Rombongan PUMSel menyampaikan set buku-buku terbitan PUMSel kepada SS Dato’ Mufti.