banner-seminar-pemikiran-islam

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemikiran Islam Semasa 2015 yang memberi fokus kepada beberapa isu berkaitan kefahaman masyarakat terhadap beberapa isu dominan dalam Islam. Di antara fokus seminar ialah konsep jihad, ektremisme agama, isu hudud, aliran akidah, isu-isu akidah, serta pengurusan yang menyentuh kesatuan ummah.

Semoga usaha ini dapat menjelaskan kefahaman dan konsepnya yang sebenar kepada masyarakat Islam di Malaysia. Diharap juga seminar ini menjadi wadah terbaik untuk para ilmuan, pendakwah, dan ulama’ bermuzakarah dan menghasilkan solusi terbaik bagi setiap isu yang dibentangkan.

OBJEKTIF
1. Memberi kefahaman Islam yang sebenar tentang jihad, undang-undang jenayah Islam, akidah Islam serta kesatuan ummah.
2. Menghimpunkan intelektual, pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar pendapat.
3. Menghimpunkan intelektual, pengamal akademik, pendakwah-pendakwah tanah air untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan.

PENYERTAAN
Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidik, pertubuhan-pertubuhan Islam, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi pengajian tinggi serta orang perseorangan.

ATUCARA
Sabtu (3 Oktober 2015)

8.00 pagi:
Pendaftaran Peserta

9.00 pagi:
Ucaptama: Kefahaman Masyarakat Terhadap Islam di Malaysia: Realiti dan Cabaran
YBhg. Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Abd Kadir;
[Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia]

Pelancaran Buku Seminar

10.30 pagi:
Rehat / Minum Pagi

11.00 pagi:
SESI 1 (Konsep Jihad dalam Islam)

Konsep Jihad dan Khilafah dalam Islam
[YBhg. Prof. Madya Dr. Mustaffa bin Abdullah; Jabatan al-Qur’an dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)]

Kesatuan Ummah dan Keterlibatan Melayu-Islam di Malaysia: Gejala dan Gangguan
[YBhg. Prof. Dato’ Mohamad bin Abu Bakar; Jabatan Antarabangsa dan Pengajian Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya]

“Negara Islam Iraq dan Syria” (ISIS) Jihad di Timur Tengah dan Penglibatan Rakyat Malaysia
[YDH SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kounter Terrorisme Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman]

1.00 ptg:
Rehat, Makan dan Solat

2.30 ptg:
SESI 2 (Isu Akidah)

Khilafiah Kaum Tua-Kaum Muda dan Khilafiah Masakini: Tema dan Isu
[YBhg. Dr. Saadan bin Man; Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya]

Aliran Pemikiran Akidah di Malaysia Masakini: Titik Pertemuan
[YBhg. Dr. Mohamad Kamil bin Hj. Abdul Majid; Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya]

Isu-isu Semasa Tasauf di Malaysia
[YBhg. Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali; Ahli Jawatankuasa Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad]

Pengurusan Islam: Antara Teori dan Pelaksanaan dalam Pendidikan Tinggi
[YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fuad bin Mohd Salleh; Dekan, Fakulti Perniagaan, Universiti Selangor (UNISEL)]

5.00 ptg:
Minum Petang / bersurai

Ahad (4 Oktober 2015)

9.00 pagi:
SESI 3 (Pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Malaysia)

Salah Faham dalam Pelaksanaan Undang-undang Islam
[YAA Dr. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar; Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)]

Penerimaan Masyarakat Terhadap Fatwa di Malaysia
[YBhg. Dato’ Wan Muhamad bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz; Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia/ Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)]

Kesediaan Masyarakat Terhadap Pelaksanaan Undang-undang Syariah
[YBhg. Dr. Mohd Azhar bin Abdullah; Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)]

10.30 pagi:
Rehat / Minum Pagi

11.00 pagi:
SESI 4 (Kesatuan Ummat di Malaysia)

Ektremisme Rentas Agama dan Tamadun
[YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor; Setiausaha Agung PUM / Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)]

Pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia:
Masalah Undang-undang
[YBhg. Prof. Madya Dr. Sham Rohayu Ab Aziz; Felo Undang-Undang, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)]

Masjid dan Peranannya dalam Menyatukan Umat
[YBhg. Prof. Madya Dr. Saufi bin Man; Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)]

1.00 ptg:
Makan / Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
Yuran Penyertaan (Seorang) :

Agensi Kerajaan, Swasta = RM 200
Individu/ Perseorangan/ NGO = RM 150
Pelajar = RM 100

(Yuran penyertaan adalah bagi kos makan minum, bahan cetakan, dan sijil penyertaan)

Penginapan tidak disediakan. Sila berurusan sendiri atau hubungi urusetia untuk bantuan.

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila hadir terus atau buat pendaftaran sebelum atau pada:
1 Oktober 2015 dengan menghubungi:

Telefon : 013-384 0710 / 019-217 0710
Pejabat : 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
Email : pumpusat@yahoo.com

By Syamsul