Jawatakuasa PUM Pusat yang telah di lantik pada Mesyuarat Perwakilan Tahuan ke 38 yang lalu telah berjaya menganjurkan Wacana Pengurusan PUM di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.

Wacana membincangkan perancangan akiviti dan dasar-dasar tadbir urus PUM bagi tahun 2018 – 2019 akan datang.  Peserta di hidangkan dengan pembentangan kertas berikut-

1.”PUM dan Hubungan Antarabangsa” oleh Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Tiambalan Yang DiPertua PUM.

2. “Merencana Organisasi PUM” oleh Dr Roslan bin Mohd Nor, Setiausaha Agong PUM Pusat.

3.”Pelaksanaan, Penambahbaikan dan Pemantapan Pengurusan Kerja PUM: Penilaian Semula” oleh Tuan Haji Baharom Kasim, Bendahari Agong, PUM Pusat.

4. “Persedian Digital PUM 2020” oleh Ustaz Abu Bakar Daud, AJK PUM (Pengurusi Lajnah ICT dan Penyiaran).

PUM mengalu-alukan perlantikan AJK PUM Pusat yang baru, Dr. Alihanafiah bin Norasid (Pengerusi Sekretariat Subban), Prof Madya Dr Mustaffa bin Abdullah (Timb. Pengerusi Lajnah Penerbitan) dan Datuk Mahamud bin Abdul (Timbalan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa.  Program di akhiri dengan Mesyuarat Harian PUM Pusat .