KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

30 JANUARI 2018

 

PUM MOHON PERKENAN KBDYMM YDP AGONG MENANGANI ISU KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Indira Ghandi vs Pengarah Jab Agama Islam Perak.

Dalam menangani isu ini yang agak sensitif dalam kalangan penganut agama, PUM ingin memohon perkenan KBDYMM YDP Agong untuk memberikan nasihat terutama apabila ia melibatkan status pengislaman seseorang.

 

Pastinya kita tidak boleh membiarkan anak-anak tersebut yang telah Islam untuk dikembalikan kepada agama ibunya yang bukan Islam.

 

Oleh itu, PUM meminta jasa baik pihak Polis supaya tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya, sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai.

 

PUM bimbang sekiranya ia dilakukan, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama di negara ini sehingga mungkin berlakunya keganasan (violence) dalam masyarakat.

 

Kepimpinan negara juga perlu membuat satu tindakan segera bagi mengawal perkara ini agar tidak dijadikan penyebab kepada tindakan-tindakan provokatif di dalam negara.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Yang benar,

 

DATO’ SHEIKH HJ. ABDUL HALIM BIN ABD KADIR

Yang Dipertua