PUM UCAP TAKZIAH PEMERGIAN DATO’ DR HARON DIN
إنَّا لله وإنا إليه راجعون
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga di atas pemergian almarhum Dato’ Dr Haron Din yang telah dijemput Ilahi ketika menerima rawatan di California.
PUM turut bersedih di atas kehilangan seorang lagi tokoh Ulama tanahair yang banyak menabur jasa dalam menyebarkan dakwah Islam dalam pelbagai medium yang ada.
Sungguh, ini adalah satu kehilangan yang besar yang turut dirasai oleh seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga Allah SWT merahmati ruh almarhum dan menempatkannya di syurga.
البقاء لله تعالى، اللهم اغفر له وارحمه رحمة واسعة
Sekian, wassalam.
Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor
Setiausaha Agung.