Seruan daripada Persatuan Ulama Malaysia mengenai keadaan di Masjid Al-Aqsa

Kenyataan Media oleh YBhg. Dato’ Wan Muhammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Ulama Malaysia
Kenyataan Media oleh YBhg. Dato’ Wan Muhammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Ulama Malaysia (in English).
Kenyataan Media Prof. Dr Mohd Roslan bin Mohd Nor, Setiausaha Agong, Persatuan Ulama Malaysia dalam bahasa Inggeris.
Kenyataan Media Penuh Persatuan Ulama Malaysia dalam Bahasa Arab di bacakan oleh Dr Ahmad Yusof, Penolong Setiausaha Agong, Persatuan Ulama Malaysia. Teks Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai mana di bawah ini.

نداء من جمعية علماء ماليزيا حول ما يجري في المسجد الأقصى

أيها المسلمون من مشارق الأرض إلى مغاربها
أيها المرابطون في المسجد الأقصى المبارك

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

من مدينة كوالا لمبور، عاصمة ماليزيا التي تقف دومًا مع القضية الفلسطينية،
نوجه نحن في جمعية علماء ماليزيا كلمتنا هذه إليكم جميعًا مستحضرين مكانة المسجد الأقصى عند المسلمين عامة وما يتعرض له من الانتهاكات والأخطار المحدقة به.

فنقول إن المسجد الأقصى هو قبلتنا الأولى قبل المسجد الحرام، ومسرى نبينا محمد صلى الله عليه وسلم مع المسجد الحرام، فبين المسجدين علاقة وطيدة في الإسلام، فهل نتركه وشأنه يعبث به الصهاينة ليل نهار، يقتحمونه دون حياء لا يرقبون في المعتكفين فيه إلا ولا ذمة، يقيمون في باحته صلواتهم التوراتية، يحضرون إليه قرابينَهم من أجل ذبحها في عيد الفصح اليهودي مقابل التحفيزات المغرية، على مرئ ومسمعِ من العالم الأجمع دون أن يحرك ذلك ساكنًا.

لا وألف لا.

وما حدث اليوم في المسجد الأقصى من إخراج المرابطين والمرابطات على حد سواء منه بالقوة والاعتداء على المصلين من قبل الصهاينة والتنكيل بهم أشد التنكيل، بل وقيامهم بتدنيس مصليات المسجد الأقصى وتخريبها أمر غير مغتفر ولا يمكن السكوت عنه، وندينه بأقسى عبارات الإدانة.

وعليه، فنقول لأبطال الأمة وشجعانها في بيت المقدس وأكناف بيت المقدس، عليكم واجب الدفاع عن المسجد الأقصى بالاعتكاف فيه بحكم قربكم من هذا المسجد المبارك، وهذا يعتبر من الجهاد في سبيل الله من أجل المحافظة على المقدسات الإسلامية. فالزموا مكانكم هناك واثبوا واصبروا وصابروا ورابطوا فالله معكم لأنكم على طريق الحق ولن يتركم أعمالكم.

ونقول لأمة المليار، إن واجب الدفاع عن المسجد الأقصى لا يسقط عنكم قِيد أنملة، فإذا كان على إخواننا المقدسيين ومن جاورهم الاعتكاف في المسجد الأقصى، فعلينا إسنادهم بكل ما أوتي لنا من السبل تثبيتًا لصمودهم أمام الصهاينة والمتصهينين، وتأكيدًا لتضامننا معهم في الدفاع عن أقصانا ومقدساتنا المشتركة، فأسندوهم أيها الإخوة!

لذا، عليكم الاعتكاف وعلينا الإسناد، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seruan daripada Persatuan Ulama Malaysia mengenai keadaan di Masjid Al-Aqsa

Wahai umat Islam dari timur ke barat,
Wahai para murabitun (muslimin yang beriktikaf) di Masjid Al-Aqsa yang mulia,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia yang sentiasa menyokong isu Palestin,
Kami, warga Persatuan Ulama Malaysia, ingin menyampaikan pendirian kami kepada anda semua, mengingatkan kedudukan Masjid Al-Aqsa di hati umat Islam secara umum, dan ancaman dan pelanggaran yang dihadapinya.

Kami berpendirian teguh dengan mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama kami sebelum Masjidil Haram, dan merupakan tempat perjalanan israk Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersama Masjidil Haram. Hubungan antara kedua-dua masjid ini adalah sangat erat dalam Islam. Patutkah kita biarkan Masjid Al-Aqsa diganggu oleh pihak Zionis?, biarkan Masjid Al-Aqsa dipermainkan siang dan malam?, biarkan mereka menceroboh Masjid Al-Aqsa tanpa rasa malu, mereka masuk ke dalamnya tanpa menghormati atau menghargai orang yang sedang beribadah (dibulan ramadan) di dalamnya, biarkan mereka melaksanakan upacara agama mereka dengan cara Taurat mereka, dan biarkan mereka membawa korban, ke sana untuk disembelih dalam perayaan Paskah Yahudi dengan ditawarkan insentif yang menggiurkan di hadapan mata dunia tanpa ada tindakan (pembelaan buat warga Palestin) yang diambil.

Tidak, tidak sama sekali.

Apa yang berlaku hari ini di Masjid Al-Aqsa, dengan pengusiran para murabitun lelaki dan wanita (yang sedang beriktikaf) dari masjid itu dengan kekerasan, serangan terhadap para jemaah oleh pihak Zionis, dan penganiayaan mereka yang paling kejam, bahkan merosakkan tempat-tempat solat di dalam Masjid Al-Aqsa, adalah sesuatu yang tidak dapat diampuni dan tidak boleh dibiarkan berlalu begitu saja. Kami mengutuk tindakan ini dengan kecamanan yang paling keras.

Oleh itu, kami mengatakan kepada pejuang dan pahlawan umat ini di Baitul Maqdis dan sekitarnya, bahawa tanggungjawab untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah kewajiban anda, dengan beriktikaf di dalamnya kerana dekatnya jarak anda dengan masjid mulia ini. Ini dianggap sebagai jihad fi sabilillah untuk mempertahankan tempat-tempat suci Islam. Jadi, teruslah tetap di tempat anda di sana, bersabarlah, sabarkanlah diri anda, dan berpegang teguh, kerana Allah bersama anda kerana anda berada di jalan yang benar dan amal perbuatan anda tidak akan disia-siakan oleh Allah.

Kita perlu menyokong mereka dengan semua cara yang diberikan kepada kita, untuk meneguhkan ketabahan mereka menghadapi Zionis dan pembantu Zionis, dan memperkukuhkan solidariti kita dengan mereka dalam membela tempat suci kita dan tempat-tempat suci bersama kita. Oleh itu, berikan sokongan kepada mereka, saudara-saudara!

Kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam yang berbilion-bilion, bahawa Kewajipan untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa tidak sedikitpun jatuh dari kamu (disebabkan murabitun telah mempertahankannya). Jika para saudara kita di Baitul Maqdis dan sekitarnya beriktikaf di dalam Masjid Al-Aqsa, maka tugas kita adalah memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka.

Justeru, kewajipan kamu (wahai para murabitun) beriktikaf dan kewajipan kami membantu kalian, wassalam….