Pada 15hb Nov 23 yang lalu, YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz, YDP PUM turut diundang dalam Majlis pertemuan dengan Fadhilah al-Sheikh Dr Ali Qurahdaghi, Setiausaha Agung Ittihad Ulama seDunia, bertempat di sebuah Restoren China Muslim. Sheikh menekankan kepentingan aplikasi Fiqh al-Mizan dalam menentukan pendirian, penetapan hukum bahkan pengubalan dasar. Pastinya beliau turut menyentuh tanggungjawab golongan Ulama membangkitkan kesedaran mempertahankan al-Aqso dan pembebasan Palestin.
Turut hadir dua mantan YDP PUM, Af Dato’ Seri Ustaz Ahmad Awang (YDP PUM ke-2) dan Af Dato’ Wira Ustaz Abd Ghani Samsuddin, (YDP PUM ke-3).