03 September 2026 : Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati menerima dan meraikan kunjungan daripada Pertubuhan Minbar al-Aqsa, sebuah pertubuhan yang berpusat di Türkiye dan aktif dalam usaha membantu serta mendukung perjuangan rakyat Palestin, khususnya masyarakat yang terkesan akibat konflik berpanjangan di Gaza.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Dr Sameer Said, dan menjadi ruang penting untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Palestin serta usaha-usaha yang boleh digerakkan secara bersama.
Antara perkara yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dua hala antara PUM dan Minbar al-Aqsa, di samping kemungkinan membangunkan jaringan kerjasama yang lebih luas dengan pertubuhan-pertubuhan lain. Jaringan sebegini amat penting bagi menyelaraskan usaha kemanusiaan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuh sokongan terhadap rakyat Palestin.
PUM menyambut baik pertemuan dan perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah ini. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat, tersusun dan berterusan antara PUM, Minbar al-Aqsa serta rakan-rakan strategik yang lain pada masa akan datang.

Tinggalkan Balasan