Uncategorized

PUM Adakan Pertemuan Bersama Pertubuhan Islam Antarabangsa

KAJANG, 28 September 2026 – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah mengadakan satu pertemuan bersama beberapa pertubuhan Islam dan kemanusiaan di Kajang, Selangor pada 28 September 2026.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Prof. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, serta Timbalan Yang Dipertua PUM, Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abd Aziz.

Pertemuan ini melibatkan wakil daripada beberapa pertubuhan, iaitu Al-Amal yang diwakili oleh Othman; Buraq yang diwakili oleh Dr. Fuat, Hamzah al-Khawaja dan Hamzah Taib; Toplum Vakfi yang diwakili oleh Abdul Munem dan Bashar Kanaan; Ummet Vakfi yang diwakili oleh Abdul Rahman; serta wakil dari CUMT Kemboja, Dr. Fareed.

Pertemuan tersebut menjadi ruang untuk PUM bertukar pandangan, memperkukuh hubungan dan meneroka ruang kerjasama dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan dakwah, pendidikan, kebajikan, kemanusiaan serta pembangunan ummah.

Dalam pertemuan itu, PUM turut menekankan kepentingan jaringan kerjasama antara pertubuhan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi memperkukuh usaha membantu masyarakat serta menangani isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam.

Kerjasama strategik antara organisasi yang mempunyai kepakaran dan jaringan yang berbeza dilihat penting dalam memperluas manfaat kepada masyarakat, khususnya melalui program kebajikan, pendidikan, pembangunan masyarakat dan bantuan kemanusiaan.

PUM merakamkan penghargaan kepada semua wakil pertubuhan yang hadir atas kesudian mengadakan pertemuan dan berkongsi pandangan serta pengalaman.

Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi asas kepada hubungan yang lebih erat dan membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif serta program bersama pada masa akan datang, demi kepentingan dakwah dan pembangunan ummah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *