Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berbesar hati berkesempatan mengadakan pertemuan dan bersilaturahim dengan Tuan Yang Terutama Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid, Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia.
Delegasi PUM diketuai oleh Yang Dipertua PUM, Prof. Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, bersama Timbalan Yang Dipertua PUM, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Syeikh Abd Aziz.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra di kediaman TYT Duta itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa di Yaman, usaha ke arah keamanan serta isu keselamatan dan kestabilan serantau di Asia Barat.
Pertemuan ini juga menjadi ruang untuk mempererat hubungan serta membuka peluang kepada jalinan kerjasama dan komunikasi yang lebih erat pada masa akan datang.
Sebelum berangkat pulang, delegasi PUM turut dihadiahkan naskhah al-Quran Mushaf Tarim yang dicetak di Malaysia oleh Yayasan Restu sebagai tanda kenang-kenangan.
PUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TYT Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan tersebut.
Turut bersama adalah Dr Saupi Man, Dr Fikri, Adlin dan Ammar.
Semoga hubungan silaturahim yang terjalin ini terus diperkukuhkan serta menyumbang kepada usaha membina keamanan, persefahaman dan kesejahteraan umat.



Tinggalkan Balasan