Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Satibi dari Turkiye, yang diketuai oleh Muhammad Saleh, Pengarah Jabatan Perhubungan pertubuhan tersebut dan juga Ali Jameel El Hallak.
Pertubuhan Satibi merupakan antara organisasi yang aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan, khususnya dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dengan perbincangan menyentuh pelbagai perkara berkaitan pembangunan ummah, usaha kemanusiaan serta peluang kerjasama dalam bidang-bidang yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Delegasi tersebut disantuni oleh Yang Dipertua PUM, Prof. Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, bersama Timbalan Yang Dipertua PUM, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Syeikh Abd Aziz, Prof Abdul Karim dan Dr Saupi Man.
PUM menghargai kunjungan dan silaturahim yang terjalin serta berharap pertemuan ini menjadi permulaan kepada hubungan dan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.
Semoga dipertemukan lagi dalam ruang-ruang kerjasama yang membawa manfaat kepada ummah, In Sha Allah
Tinggalkan Balasan