Uncategorized

YDP PUM KETUA PANEL PENERBITAN TERJEMAHAN SAHIH AL-BUKHARI EDISI KEMASKINI

Yang Dipertua PUM, Prof. Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, menerima pelantikan sebagai Ketua Panel Penerbitan Terjemahan Sahih al-Bukhari Edisi Kemaskini.

Pelantikan tersebut telah disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada malam tadi sempena Program Sama’ Hadith Tarmidzi di Masjid Putra, Putrajaya.

Ia merupakan satu amanah besar dalam usaha memperkemas dan memperkukuhkan penerbitan terjemahan salah sebuah karya hadis terpenting dalam khazanah keilmuan Islam.

Semoga usaha penerbitan Terjemahan Sahih al-Bukhari Edisi Kemaskini ini dipermudahkan dan dapat memberikan manfaat yang luas kepada para ilmuwan, penuntut ilmu serta seluruh masyarakat Islam di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *