Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Madya Dr. Nurazmallail bin Marni, bersama Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan beberapa Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
Delegasi tersebut telah disambut oleh Timbalan Yang Dipertua PUM, Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abd Aziz, bersama barisan kepimpinan PUM.
Pertemuan dalam suasana penuh ukhuwah ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta membincangkan usaha mempererat hubungan dan meneroka potensi kerjasama, termasuk dengan Yayasan Muslimin, khususnya dalam program-program yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan ummah.
PUM menyambut baik kunjungan ini dan berharap agar hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.
Semoga pertemuan ini menjadi titik penguatan kepada jalinan ukhuwah dan kerjasama yang berpanjangan demi kemaslahatan ummah.






Tinggalkan Balasan