Berita PUM

Silaturahim bersama Fadhilah al-Sheikh Dr Ali Qurahdaghi, Setiausaha Agung Ittihad Ulama seDunia

Pada 15hb Nov 23 yang lalu, YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz, YDP PUM turut diundang dalam Majlis pertemuan dengan Fadhilah al-Sheikh Dr Ali Qurahdaghi, Setiausaha Agung Ittihad Ulama seDunia, bertempat di sebuah Restoren China Muslim. Sheikh menekankan kepentingan aplikasi Fiqh al-Mizan dalam menentukan pendirian, penetapan hukum bahkan pengubalan dasar. Pastinya beliau turut menyentuh tanggungjawab golongan Ulama membangkitkan kesedaran mempertahankan al-Aqso dan pembebasan Palestin.

Turut hadir dua mantan YDP PUM, Af Dato’ Seri Ustaz Ahmad Awang (YDP PUM ke-2) dan Af Dato’ Wira Ustaz Abd Ghani Samsuddin, (YDP PUM ke-3).