Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama Darul Hadis al-Awwamiyyah, Türkiye sebagai langkah memperkukuhkan jaringan kerjasama keilmuan dan akademik antara kedua-dua institusi.
LOI tersebut ditandatangani oleh Yang Dipertua PUM, Prof. Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah dan Dr. Muhyiddin Awwamah mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama, khususnya hubungan akademik, penerbitan karya-karya ilmiah serta penganjuran dawrah dan program keilmuan berkaitan khazanah turath Islam. Usaha ini diharapkan dapat membuka ruang yang lebih luas kepada para ilmuwan, ulama dan penuntut ilmu di Malaysia untuk mendapat manfaat daripada tradisi keilmuan Islam yang muktabar.
Darul Hadis al-Awwamiyyah berpusat di Üsküdar, Türkiye dan mempunyai jaringan serta cawangan pengajian di pelbagai negara. Institusi ini turut memainkan peranan dalam pengembangan pengajian ilmu-ilmu Islam dan pemeliharaan tradisi keilmuan serta turath Islam.
PUM berharap pemeteraian LOI ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat dan membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan, khususnya dalam memperkasakan pengajian turath, penerbitan ilmiah, pertukaran kepakaran serta penganjuran program-program keilmuan di peringkat Malaysia dan antarabangsa.
Semoga segala usaha dan kerjasama ini dipermudahkan serta diberkati oleh Allah SWT dan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada umat Islam.
Rabu, 26.8.2026.



Tinggalkan Balasan