Uncategorized

SETINGGI-TINGGI  TAHNIAH YDP PUM

Seluruh saf kepimpinan dan ahli Persatuan Ulama Malaysia (PUM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Di-Pertua PUM:

YBrs. Profesor Datuk Dr. Luqman bin Hj Abdullah

atas penganugerahan:

PENERIMA ANUGERAH TOKOH UTAMA Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1448H / 2026M.

Pengiktirafan ini membuktikan jasa, keilmuan, serta dedikasi berterusan beliau dalam memartabatkan syiar Islam dan membimbing ummah di negara ini.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, taufiq, dan hidayah kepada beliau untuk terus memimpin serta menyumbang khidmat bakti demi agama, bangsa, dan negara.

Ikhlas daripada: 

Pimpinan & Warga Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

05 September 2026

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *