Uncategorized

PUM MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN ULAMA MAGHRIBI

20 September 2026 – Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati meraikan kehadiran tokoh ulama, Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, Timbalan Rektor Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi, yang berada di Malaysia bagi memenuhi program Festival Turath Islami.

Kehadiran beliau merupakan satu penghormatan dan kesempatan yang amat bermakna buat PUM untuk menyantuni serta bertukar pandangan dengan tokoh ilmuwan dari Maghribi, sebuah negara yang mempunyai tradisi keilmuan Islam dan warisan turath yang cukup kaya.

Turut hadir meraikan beliau ialah Prof Datuk Dr. Luqman Hj Abdullah, Yang Dipertua PUM, bersama Dato’ Wan Mohamad Abd Aziz, Timbalan YDP dan barisan Ahli Jawatankuasa PUM.

PUM berharap pertemuan ini dapat terus mempererat ukhuwah dan jaringan keilmuan antara ulama Malaysia dan Maghribi, di samping membuka ruang kepada kerjasama dalam bidang keilmuan, pendidikan, pengajian turath dan program-program yang memberi manfaat kepada ummah pada masa akan datang.

Semoga hubungan yang terjalin ini diberkati Allah SWT dan menjadi jambatan kepada kerjasama yang lebih erat, insya-Allah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *