Biro Muslimah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang diketuai oleh Ustazah Asmak Husin telah berjaya menganjurkan Persidangan Meja Bulat (RTD) Muslimat PUM pada 30 Oktober 2026 bertempat di Hotel Tenera, Bangi.
Persidangan tersebut telah membincangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia, kedudukan syariah, hak wanita, institusi keluarga, pendidikan, kesihatan, perlindungan golongan rentan serta peranan advokasi umat Islam dalam menghadapi cabaran semasa.
Sehari selepas persidangan tersebut, pada 31 Oktober 2026, Biro Muslimah PUM telah mengemukakan 12 resolusi utama yang dihimpunkan di bawah empat teras utama seperti berikut:
TERAS I – PRINSIP SYARIAH, HAK ASASI DAN PERUNDANGAN
Memartabatkan Hak Asasi Manusia berteraskan Syariah.
Mempertahankan kedudukan Syariah dalam instrumen hak asasi antarabangsa.
Mengharmonikan kefahaman dan penjelasan hukum berkaitan hak wanita dan kanak-kanak.
TERAS II – HAK WANITA, KELUARGA DAN PEMERKASAAN INSAN
Memastikan pelaksanaan hak wanita yang dijamin oleh Islam.
Memperkasa konsep qawwam dan tanggungjawab lelaki.
Memperkukuh dasar pemerkasaan wanita berasaskan fitrah dan kesejahteraan keluarga.
Memperkukuh pendidikan hak, tanggungjawab dan jati diri Muslim.
TERAS III – PENDIDIKAN, KESIHATAN DAN PERLINDUNGAN GOLONGAN RENTAN
Memastikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial selaras dengan Syariah.
Membendung normalisasi hubungan seksual luar nikah dan tingkah laku berisiko remaja.
Memperluas hak pendidikan dan perlindungan golongan rentan.
TERAS IV – ADVOKASI, JARINGAN STRATEGIK DAN PELAKSANAAN
Memperkukuh peranan PUM sebagai badan rujukan hak asasi Islam.
Membangunkan kerangka advokasi wanita Muslimah berteraskan Syariah.
PUM berharap agar resolusi yang dikemukakan ini dapat menjadi rujukan, panduan dan asas kepada usaha advokasi yang lebih tersusun, khususnya dalam mempertahankan prinsip syariah, memperkukuh institusi keluarga, memelihara hak wanita dan kanak-kanak serta mendepani cabaran hak asasi manusia dalam konteks semasa.
Semoga resolusi ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang konstruktif, jaringan strategik dan dasar yang memberi manfaat kepada masyarakat, di samping memperkukuh kefahaman bahawa Islam sentiasa meletakkan keadilan, maruah insan, tanggungjawab dan kesejahteraan sebagai asas kehidupan bermasyarakat.
Sekretariat Muslimah
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
“Bersama Memperkukuh Kefahaman dan Kesatuan Ummah”



Tinggalkan Balasan