Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berbesar hati menerima kunjungan rombongan dari Patani yang terdiri daripada wakil Institut Penyelidikan dan Pembangunan Insan Pattani (INSANI) dan Jaringan Kepimpinan Islam Patani (JAKIP).
Rombongan disambut oleh Yang Dipertua PUM, Prof. Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, bersama Timbalan Yang Dipertua PUM, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Syeikh Abd Aziz. Turut bersama adalah Prof Abdul Karim dan Dr Saupi.
Antara ahli rombongan yang hadir ialah:
1. Baba Abd. Rahman Ismail
Pondok Kangar, Yarang, Pattani
Yang Di-Pertua Jaringan Kepimpinan Islam Patani (JAKIP)
2. Ustaz Haji Ismail Haji Wan Yunus
Pondok Bendangstar, Jala
Ketua JAKIP Bahagian Wilayah Jala
3. Baba Aminuddin Haji Abdullah
Pondok Bendang Jelapan
Lujnah Ekonomi, JAKIP
4. Muhammad Wan Ahmad
Kruat, Pattani
Ketua Perhubungan INSANI dan Penasihat JAKIP
5. Dr. Abdullah Hayeesaid
Timbalan Pengarah Koperasi Islam Pattani Berhad
Timbalan Pengarah INSANI
6. Abdulkarim Ismail
Ahli Khidmat JAKIP
7. Hj. Razali Daud
CEO, Adam Charitable Foundation
Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dengan perbincangan menyentuh perkembangan semasa Patani, hal ehwal umat Islam di Selatan Thailand serta masa depan pembangunan ummah di rantau ini.
PUM menghargai kunjungan dan silaturahim yang terjalin, serta berharap hubungan antara PUM, INSANI dan JAKIP akan terus diperkukuhkan melalui kerjasama dalam bidang dakwah, pendidikan, pembangunan insan dan kebajikan.
Semoga jaringan ini terus mekar dan menyumbang kepada perkembangan Islam serta kesejahteraan umat di rantau ini, insya-Allah.

Tinggalkan Balasan