Selasa, 13 Februari 2024 (8 malam) Persatuan Ulama Malaysia dengan sukacitanya telah menerima tetamu dan meraikan ziarah ukhuwwah dari Ulama’ Fatoni bertempat di Reem Hadramout Restaurant, Kajang. Majlis Dinner Talk & Tausiah Ulama’ Fatoni dihadiri oleh 9 orang Ulama Fatoni dan diraikan Ahli Jawatankuasa PUM Pusat yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz, YDP PUM Pusat.

Majlis yang bertujuan merapatkan hubunguan Ulama’ Fatoni dengan PUM telah di serikan dengan tausiah dari kedua belah pihak dan disiarkan di laman facebook page PUM.