Pada 10 Disember 2023, Lajnah Kebajikan PUM Pusat telah berkunjung di Semporna, Sabah dan telah berjaya melaksanakan pemasangan dan penyerahan tangki air untuk kegunaan dua buah Masjid di Pulau Omadal secara bergotong -royong bersama penduduk kampung. Gagah perkasa wira2 kami di sana.

Sumbangan dan aktiviti ini telah berjaya mengurang beban penduduk kampung yang sering menghadapi bekalan masalah air bersih. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang.

Ahli Jemaah dan Qaryah masjid Pulau Omadal berkirim salam kepada para penyumbang dengan ucapan ribuan terima kasih. jazakumullahu khairan jaza’