13 Feb 2024: Rombongan Persatuan Ulama’ Malaysia bersama Pertubuhan Insan telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Kuwait.

Ahli rombongan diketuai oleh SS Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah yang juga merupakan Mufti Wilayah Persekutuan.

Turut sama dalam kunjungan ini adalah AJK PUM Pusat Dr Ahmad Yusof, Pengerusi & kepimpinan PUM Caw Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Bin Abdullah, Dr Khairul Anuwar Mustaffa dan Ir Hj Shamsul.

Manakala Pertubuhan Insan dihadiri oleh Pengerusinya Prof. Husni, Mr. Saleem dan Dr Amin al-Nahri.

Perbincangan bersama dengan TYT Duta Kuwait berjalan lancar merangkumi kerjasama yang boleh dilakukan bersama dalam menjalankan aktiviti berkaitan umat Islam dan pendidikan di Malaysia.