Pada malam yang penuh bersejarah, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah berjaya menganjurkan Malam Apresiasi untuk menghargai jasa-jasa mantan pimpinan PUM. Acara ini berlangsung di Restoran Qasar Balqis, Taman Melati, Kuala Lumpur pada 3 Februari 2024. Majlis yang menarik dengan kehadiran tetamu jemputan yang penting.

Acara dimulakan jam 8.00 malam dengan jamuan makan malam untuk menghormati tetamu yang hadir sebelum majlis rasmi bermula. Selesai sesi jamuan YBrs. Prof Dr. Roslan bin Mohd Nor, Setia Usaha Agong PUM, bertindak mengacara majlis dengan bahasa yang indah dan pantun puitisnya membuatkan hadirn gembira dan menjadikan segmen acara berjalan dengan harmoni dan lancar.

Di dahului dengan Ucapan Alu-Aluan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz, Yang Dipertua PUM (YDP PUM) Pusat sesi 2023/2027 menyemarakkan lagi suasana dengan mengalukan-alukan kehadiran 3 orang Mantan YDP PUM iaitu YDP PUM ke dua Al-Fadhil Dato’ Seri Ustaz Ahmad Awang, mantan YDP PUM ke tiga Al-fadhil Dato’ Wira Ustaz Abadul Ghani Samsuddin, mantan YDP ke lima, YBhg. Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Abdul Kadir sebagai tokoh istimewa yang diraikan dalam Majlis kali ini, mantan Setia Usaha PUM yang pertama Setiausa Agung PUM Pertama Al-fadhil Datuk Ustaz Nakhaie Ahmad, Dato’ Razali, Pimpinan Insan, Prof Dr Husni, Dr Amin. Beliau selanjutnya merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan YDP PUM ke lima atas segala sumbangan baktii beliau kepada PUM di samping melafazkan kata-kata penyemangat kepada semua yang hadir.

Turut memberi ucapan adalah mantan YDP PUM ke-5, YBhg. Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Abdul Kadir, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas penghargaan yang diberi, menyampaikan pengalaman secara ringlas dan pandangannya yang bernas kepada hadirin. Majlis di sudahi dengan sesi penyampaian cenderahati kepada individu yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada PUM.

Majlis turut dihadiri oleh pelbagai tetamu VVIP termasuk pemimpin PUM terdahulu, ahli jawatankuasa semasa, serta individu-individu terkemuka dalam komuniti ulama’ dan ilmiah.

Majlis ini juga berjaya menemukan kembali aktivis PUM lama dan baru, memupuk kembali ukhuwwah islamiah dalam berpasukan. Semoga acara seperti ini dapat terus memberi inspirasi dan motivasi kepada generasi akan datang.