19 Nov – WP Labuan: Himpunan Solidariti Palestin telah dilakukan di padang Dataran Labuan. Ia adalah anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO Islam seperti Persatuan Ulama Malaysia dan NGO yang lain.

Program bermula pada jam 6:30pagi, dimulai dengan zikir munajat dan solat hajat di atas padang yang dipimpin oleh Dr Nik Azlan Bin Nik Man. Walaupun hujan turun dengan lebat sebelum solat hajat dilakukan, para peserta yang berhimpun tidak berganjak untuk melakukan munajat bersama.

Setelah itu, peserta berarak mengelilingi pekan Labuan sejauh kira-kira 2km. Laungan takbir, laungan sokongan kepada Palestin dan laungan hancur rejim Zionis bergema sepanjang perarakan.

Selesai perarakan, para peserta berhimpun kembali untuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Awang Sufian Awang Piut, CEO Aman Palestin dan Prof Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, SUA PUM. Manakala tausiyah akhir penutup disampaikan oleh Dr Nik Azlan. Ia diselang seli dengan persembahan selawat, sajak, pentomen dan bacaan doa Qunut Nazilah oleh anak-anak kecil dari sekolah Islam berhampiran.

Perhimpunan hari ini berjalan dengan lanjar dan telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak keselamatan yang turut membantu mengawal lalulintas dan keselamatan para peserta.

١٩ نوفمبر – الولاية الاتحادية لابوان: تم عقد وقفة التضامن مع فلسطين في ساحة لابوان. وهو من تنظيم مكتب مفتي الولاية الاتحادية لابوان، بالتعاون مع المصالح الحكومية والمنظمات الإسلامية مثل جمعية علماء ماليزيا وغيرها من المنظمات غير الحكومية.

بدأت الفعالية في الساعة ٦:٣٠ صباحًا، حيث استهلت بالدعاء وصلاة الحاجة في الساحة، بقيادة الدكتور نيك أزلان بن نيك من. ومن اللافت للنظر أنه بالرغم من هطول الأمطار الغزيرة قبل أداء صلاة الحاجة، إلا أن ذلك لم يثن المشاركين من مواصلة التضرع بالدعاء معًا.

بعد ذلك، قام المشاركون بالمسيرة حول مدينة لابوان لمسافة تقدر بحوالي كيلومترين. وكانت هتافات التكبير ودعم فلسطين ترددت طوال المسير، كما ترددت كذلك هتافات هدم نظام الكيان الصهيوني.

بعد انتهاء المسيرة، اجتمع المشاركون مرة أخرى للاستماع إلى الخطب التي قدمها كل من أ. أوانج سفيان أوانج بيوت، الرئيس التنفيذي لمؤسسة أمان فلسطين، و أ.د. محمد رسلان محمد نور، أمين عام جمعية علماء ماليزيا، بينما قدم الدكتور نيك أزلان التوصية الختامية، وتخلل ذلك أداء الأناشيد وقصائد الشعر، وعروض فنية وقراءة دعاء قنوت النازلة من قبل أطفال المدارس الإسلامية.