20 Nov. 2023: Persatuan Ulama Malaysia [PUM] telah turut sama mengambil bahagian dalam rangka menyatakan keperihatinan terhadap isu penindasan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap umat Islam yang tidak berdosa di bumi Palestine.

Melalui majlis ini PUM telah menyumbang sebanyak sepuluh ribu ringgit, hasil kutipan dari orang ramai yang prihatin terhadap isu ini bagi membantu sedikit sebanyak dalam meringankan penderitaan warga Palestine. Penyerahan sumbangan telah diwakili oleh Bendahari Agung PUM.

Kedua-dua tokoh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam ucapan masing-masing bersependapat bahawa isu konflik Israel-Palestine ini telah menimbulkan protes rakyat di serata dunia, selain telah menghidupkan lagi semangat membantu dan jihad yang tinggi. Ia juga disifatkan bukan sekadar perang biasa tetapi lebih dari itu merupakan konflik perang yang mempunyai motif tertentu khususnya di pihak Israel.

Sumbangan telah diterima daripada kira-kira 60 NGO yang bergabung dibawah nama Aid4Palestine. Majlis telah berlangsung di Dewan Yayasan Permata Ummah Cyberjaya.