Mesyuarat AJK Harian PUM Kali Pertama (Sesi 2023/2025 ) telah diadakan pada 9 November 2023 jam 9.00 malam di Univesiti Malaya. Mesyuarat dimulakan dengan solat berjemaah Isyak bersama. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Muhammad bin Sheikh Abdul Aziz, Yang Dipertua PUM bari bagi sesi ini telah memulakan mesyuarat dengan menggariskan hala tuju PUM sesi ini. Mesyuarat juga membincangkan penyusunan nama-nama Ahli Jawatankuasa Kecil (Lanjnah) serta pelantikan pengerusi Lajnah tersebut.

Nama Lajnah-Lajnah PUM yang dipersetujui bagi sesi ini adalah 13 Lajnah dan 2 Sekretariat. Lajnah-lajnah tersebut adalah Lajnah Pengurusan Projek Waqaf, Lanjah Dakwah dan Jaringan Komuniti, Lajnah Intelektual dan Profesional, Lajnah Tarjih dan Penyelidikan, Lajnah Penerbitan, Lajnah Perhubungan Dalam Negeri, Lajnah Penjanaan Dana dan Aset, Lajnah Media dan Komunikasi, Lajnah Tarbiah dan Latihan, Lanjah Kebajikan, Lajnah Kewangan dan Pelaburan, Lajnah Kajian Dasar dan Tugas-Tugas Khas.

Dua Sekretariat PUM Pusat adalah Sekretariat Mslimat (Wanita) dan Sekretariah Syubban (Pemuda).