Menyedari perlunya pembelaan terhadap warga negara Palestin, PUM telah berjaya menganjurkan Seminat Konflik Palestin – Israel pada 4 November 2023 / 20 Rabiul Akhir 1445H bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor

Seminar ini dimulakan dengan Ucaptama yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Wan Muhammad bin Sheikh Abdul Aziz, Yang Dipertua PUM sesi 2023/2023 (baru) dan serikan dengan 3 sidang pleno. Setiap sidang pleno menampilkan 3 pembentang topik-topik berhubung isu konflik Palestin – israel di bawah kemahiran pembicara masing-masing.

Pembentang Utama seminar ini terdiri daripada Dato’ Wan Muhammad bin Sheikh Abdul Aziz, Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamis (Cikgu Azmi), Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Dr Shareff A.M Abu Shamalla (Ketua Pegawai Eksekutif Al-Quds Foundation Malaysia), Dr Mulsim Imran (Pengarah Pusat Penyelidikan dan Dialog Asia Timur Tengah (AMEC). Puan Heba Shehab, [Content Creator Executive Friend of Palestin] juga hadir memberikan perkongsian berkaitan tribulasi yang dihadapi oleh warga Palestin di sepanjang peperangan sejak 75 tahun yang lalu.

Seminar ini diserikan lagi dengan pembentangan jemputan seperti Dr Ahmad Yusof bin Ahmad, Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hashim, Dr Ali Hanafiah bin Norasid, Dr Najah Nadiah binti Amran dan Dr Saleha binti Idris.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan sekitar seminar.

Peserta Seminar khusuk mendengar pembentangan sidang pleno.