25 November 2023, Istanbul: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah menyerahkan sumbangan Bantuan Kecemasan Palestin kepada Persatuan Ulama Palestin (PSA) yang berpangkalan di Turkiye. Sumbangan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia melalui kempen Bantuan Kecemasan Palestin anjuran PUM ini telah diserahkan oleh Dr. Ahmad Yussuf, Ketua Lajnah al-Quds dan Hubungan Antarabangsa PUM kepada Dr Muhammad Hammam Saeed, Ahli Majlis Eksekutif Kesatuan Ulama Palestin.

PUM telah memperhebatkan kempen Bantuan Kecemasan Palestin selepas serangan tidak berperi kemanusiaan dilancarkan oleh negara haram Zionis terhadap penduduk Gaza, terutamanya selepas 7 Oktober 2023. Dalam serangan tersebut, lebih 15,000 penduduk Gaza terbunuh akibat serangan udara tentera ganas Zionis dan kebanyakannya adalah daripada kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sebagai sebuah pertubuhan ulama yang berada di bawah Sekretariat Penyelarasan Ulama Ummah Untuk Membela al-Quds dan Palestin, PUM bersama pertubuhan-pertubuhan ulama lain di seluruh dunia komited dalam memperjuangkan isu Palestin, termasuk penyaluran bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama yang dizalimi sejak lebih 75 tahun oleh rejim haram Zionis tersebut.