PUM telah mengadakan liqa’ Ta’akhi bersama YBhg. Syeikh Dr Muhammad Sa’id Bakr (Anggota Kesatuan Ulama’Islam Sedunia, Anggota Rabitah Ulama’ Jordan, Anggota Majlis Eksekutif Hai’ah Ulama’ Palestin), di Restoran Taj Hadramawt Taman Melati, Kuala Lumpur pada 27 November 2023.

Liqa’ dihadiri oleh YDP PUM Pusat, al-Fadhil Dato’ Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz, Ketua Syubban PUM, Dr. Muhamad Alihanafiah Norasid, Dr. Arif Yahya dan beberapa AJK Syubban PUM.

Sesi pencerakinan idea berjalan dengan dimulai perkongsian YBhg. Syeikh berkenaan komponen perkaderan dan program pembinaan da’i melalui ToT yang wajar diperkasakan oleh para ulama secara sistematik.

Turut dibincangkan ialah pengurusan ikhtilaf dalam kalangan gerakan Islam, serta langkah ke hadapan yang perlu direncanakan bagi melahirkan da’i takhassus yang berkualiti selain pelan pelaksanaan aktiviti jaulah/lawatan, dan talaqqi berkitab. Program diakhiri dengan penyerahan cenderahati PUM oleh YDP PUM kepada Syeikh serta sesi bergambar pada jam10.45 malam.