Papa 5 April 2023 Lajnah Kebajikan PUM PUSAT dengan kerjsama PENDOA ( Persatuan Pendakwah Orang Asli), Pum Perak, Yayasan ad-Dien, NGO Ikhtiar Ihsan Care, Syarikat Tudong ar-Raudhah, JAIP & MBI.

Apabila kami bersetuju dengan cadangan Ustazah Ruby, pendakwah orang asli dan pengasas KAFA orang asli di Kg. Tunggang, penduduk kampung terkejut begitu juga NGO lain. Rupanya tak ramai yg sudi tidur tempat mereka. Bagi kami tempt mereka sangat selesa.

Untuk program tahun ini, Lajnah Kebajikan PUM PUSAT pelbagaikan lagi aktiviti. Selain pengagihan barangan, masak dan iftar bersama, kami juga turut membawa pelajar2 daripada Yayasan Al Deen untuk beramah mesra dengan pelajar dan belia di sana. Apabila umur lebih kurang, mereka cepat mesra berbanding kami yg lebih sesuai beramah mesra dengan amik dan apak di sana.

Sebelum balik, kami juga dibawa singgah ke resort yg dibangunkan oleh mereka. Sudah siap tapi belum dibuka, lepas raya baru buka untuk pengunjung luar. Resort ini akan menjadi sumber pendapatan kepada mereka.

Inshallah tahun ini kami akan ada lagi program susulan untuk memastikan lebih ramai pelapis pendakwah orang asli dihasilkan. Inshaallah.

Kali ini penganjur lebih bertambah alhamdulillah. Ikhtiar Ihsan Care, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak, Telekung Rawdah, Jaip ( jabt Agama Islam Perak), MBI (Majlis Bandaran Ipoh) dll.