Pada Rabu, 22/11/2023, Surau al-Jami’ah, APIUM dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah menganjurkan Daurah 40 Hadith berkaitan Palestin dengan menggunakan kitab “al-Ahadith al-Arba’un al-Filastiniyyah” yang disusun oleh Syeikh Jihad Jamil al-‘Ayish. Daurah yang bertempat di Surau al-Jami’ah APIUM disampaikan oleh Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Bakr yang merupakan Anggota Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Anggota Rabitah Ulama’ Jordan, dan Ahli Majlis Eksekutif, Hai’ah Ulama’ Palestin. Daurah bermula pada jam9.30pagi dengan ucapan aluan pengerusi majlis disusuli bacaan hadith.

Fadilah al-Syeikh mensyarahkan hadith-hadith tersebut sejurus hadith-hadith tersebut dibaca oleh muqri’, saudara Amir Haidar (Ketua Lajnah Syariah dan Pengurusan APIUM), dan syarahan Syeikh diulas secara ringkas oleh Dr. Muhamad Alihanafiah Norasid (Ketua Sekretariat Syubban (Pemuda) PUM). Kitab hadith pdf yang berkenaan turut dibekalkan kepada para peserta sebagai rujukan pengajian daurah. Pada jam12.20 tengah hari, sesi soal jawab berjalan dengan begitu rancak, memperlihatkan minat dan ketekunan para peserta bertalaqqi dan menimba ilmu.

Sambutan daurah sangat menggalakkan dengan kehadiran para peserta melebihi 100 hadirin. Majlis disusuli dengan ucapan penutup oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar APIUM, Prof Madya Dr Khadher Ahmad dan sesi bergambar. Program daurah berakhir pada jam1tengah hari dengan pemberian sijil pengijazahan daripada Syeikh kepada para peserta yang mana pengajian bersanad kitab tersebut bersambung kepada penulis asal kitab. Semoga Allah memberkati segala perjalanan majlis ilmu ini