Pada Khamis,16 Nov 2023 yang lalu, Sekretariat Syubban PUM telah menganjurkan program Madrasah Ulama’: Dawrah Tathqifiyyah yang bertujuan menerapkan ilmu dan kefahaman kepada para pemuda pemudi Islam. Program bertempat di Bilik Ruwaq, Akademi Pengajian Islam UM bermula jam2.20ptg, dan disampaikan oleh Syeikh Dr Muhammad Sa’id Bakr yang merupakan Anggota Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, dan Anggota Rabitah Ulama’ Jordan.

Ketua Pemuda Syubban, Dr. Muhamad Alihanafiah Norasid pula bertindak sebagai penterjemah dan moderator bagi pengajian kitab tersebut, dengan menggunakan kitab Tarbiyatun wa Fida’ dan kitab al-Qiyam al-Samiyat li al-Ma’thurat hasil karangan Syeikh sendiri. Program daurah berakhir pada jam4.15ptg dengan anugerah pengijazahan bersanad Syeikh kepada para peserta sekitar hampir 50 orang, disusuli sesi bergambar beramai-ramai.