TAJAAN IFTAR KEPADA MURABITUN/PENGGERAK MASJID AL-AQSA.

MasyaAllah hebatnya semangat para Murabitun al-Aqsa.

Siapakah Golongan Murabitun? Mereka yang memakmur dan menjaga serta mempertahankan Masjid al-Aqsa daripada gangguan pihak Yahudi Zionis

Mutakhir ini pihak Yahudi Zionis semakin agresif mencabul kehormatan masjid suci tersebut. Mereka cuba menukar jati diri masjid ini kepada jati diri Yahudi dengan pelbagai cara. Antaranya dengan melaksanakan upacara ibadat yahudi di dalam perkarangan Masjid al-Aqsa, milik umat Islam ini.

Justeru, membantu para murabitin dan umat Islam berbuka puasa di Masjid al-Aqsa adalah sebahagian usaha kecil yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menjaga masjid suci tersebut dan tanda solidariti kepada para murabitin yang menggadaikan nyawa demi mempertahankan masjid umat Islam ini.

Lajnah al-Quds dan Lajnah Kebajikan Persatuan Ulama Malaysia Pusat membuka tajaan iftar di Masjid al-Aqsa.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Ayuh bersama kami…peluang utk menaja iftar masih dibuka.

Bayangkan, dengan sumbangan ini, In shaa Allah kalian akan dapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Jom infaq untuk saham akhirat, kepada sahabat yang ingin menyumbang, boleh terus klik butang infaq di bawah👇🏻

atau terus bank in ke akaun:

💠12047010001127
💠BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
💠PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
💠Reference/Rujukan: Sumbangan Iftar Murabitin

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi admin di talian whatsapp berikut: