Pada 20 Mac 2023, Lajnah Kebajikan PUM Pusat dengan kerjasama Ikhtiar Ihsan Care dan Syarikat Tudung ar-Raudhah menganjurkan program Pengagihan Sumbangan Zakat kpd pelajar asnaf miskin di Kampung Sekam di Daerah Mayo, Pattani, Thailand.

“Tahu tak ibu ayah sekalian. Kita hari ini menumpang rezeki dan berkat anak2 yatim dalam keluarga masing2.”

” Ajar mereka doa agar dikurniakan syurga dan dapat bersama dengan orang yg sangat dirindui tetapi telah berpisah kerana alam berbeza”

“Boleh tak adik2 depan saya tolong doa untuk saya, Saya rindu sangat nak jumpa Rasulullah dan Sayyidatina Khadijah”

Bergenang dan bercucuran air mata kami semua apabila saya selesai berucap sempena pengagihan zakat utk 30 anak yatim di dua madrasah iaitu Madrasah Aulad Gelongtoknok Sekam dan pondok Baba Mustafa.

Seronok melihat senyuman kegembiraan mereka bila menerima sumbangan.

Ada yang bertanya

“Kenapa saya bersungguh-sungguh nak bantu anak-anak yatim asnaf di Pattani?”

Bagi yang belum tahu, sebenarnya Pattani juga adalah sebahagian daripada anak bangsa melayu kita.

Tujuan Lujnah Kebajikan PUM Pusat hantar bantuan kebajikan ke Pattani adalah sebagai usaha dakwah menaikkan semangat mereka untuk bersungguh belajar mencari ilmu dan memahami Islam agar jati diri Melayu Islam mereka tidak akan terhakis.

Lujnah dan Team mengucapkan Terima kasih kepada semua dermawan yang telah berkongsi rezeki bersama mereka.

Semua sumbangan ini dapat menjadi saham akhirat yang berterusan buat Tuan/Puansemua. In shaa Allah.

Sumbangan masih dibuka untuk mereka.

Untuk menyumbang boleh klik link di bawah

https://ikhtiarihsancare.onpay.my/order/form/29